Saturday, April 14, 2012

LINUS


LINUS
 

PENGENALAN

 NasionalKeyResuitAreas  (NKRA) Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyasarkan bahawa semua murid berkeupayaan untuk menguasai literasi dalam bahasa Malaysia dan numerasi kecuali murid berkeperluan khas selepas tiga tahun mengikuti pendidikan di sekolah rendah. Oleh sebab itu, Kementerian Pelajaran merancang untuk mengatasi masalah tersebut melalui Program Literasi dan Numerasi  (Program LINUS).

1     LITERASI

      1.0 Definasi

Literasi didefinasikan sebagai keupayaan untuk membaca,menulis dan memahami perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah dengan menggunakan kata hubung ‘ dan’ serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran serta komunikasi harian.

     1.2 Matlamat

Matlamat Literasi ini adalah untuk memastikan semua murid yang mengikuti program LINUS berkeupayaan untuk menguasai literasi kecuali murid berkeperluan khas selepas tiga tahun mengikuti Program Linus.

    1.3 Objektif

Objektif Program Literasi adalah untuk memastikan murid berupaya:

i.Mengenal dan menyebut abjad, mengeja dan membunyikan suku kata terbuka dan tertutup

ii.Membaca dan menulis perkataan daripada suku kata terbuka dan tertutup, perkataan yang berimbuhan awalan dan akhiran.

iii.Membaca dan menulis serta memahami ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah dengan menggunakan kata hubung ‘dan’.

   1.4 Pendekatan

Pendekatan yang digunakan dalam program LINUS ini ialah pendekatan belajar membaca dan menulis secara bersepadu dan menyeluruh. Ini bermakna murid belajar mengenal huruf, suku kata dan perkataan serentak secara berperingkat .Setelah murid mengenal beberapa huruf, guru mula mengajar membunyikan suku kata melalui kaedah gabungan bunyi  suku kata tanpa murid terlebih dahulu perlu mengenal kesemua huruf. Murid diperkenalkan pula dengan perkataan menggunakan suku kata yang telah dipelajari dan seterusnya frasa atau rangkai kata dan ayat yang bersesuaian.

                                                                                                                          Guru literasi hjhrahmah

2 ulasan:

Anonymous said...

berapa orang murid linus di sekolah cikgu?

Rahmah Idris ( D049812 ) said...

Tahun 2 dan 3 Perdana semua
Tahun satu baru habis saringan 1
linus ada 45 0rang.