LINUS
PENGENALAN
NasionalKeyResuitAreas
(NKRA) Kementerian Pelajaran Malaysia
telah menyasarkan bahawa semua murid berkeupayaan untuk menguasai literasi
dalam bahasa Malaysia dan numerasi kecuali murid berkeperluan khas selepas tiga
tahun mengikuti pendidikan di sekolah rendah. Oleh sebab itu, Kementerian
Pelajaran merancang untuk mengatasi masalah tersebut melalui Program Literasi
dan Numerasi (Program LINUS).
1 LITERASI
1.0 Definasi
Literasi didefinasikan
sebagai keupayaan untuk membaca,menulis dan memahami perkataan, ayat tunggal
dan ayat majmuk yang mudah dengan menggunakan kata hubung ‘ dan’ serta
mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran serta komunikasi
harian.
1.2 Matlamat
Matlamat Literasi ini
adalah untuk memastikan semua murid yang mengikuti program LINUS berkeupayaan
untuk menguasai literasi kecuali murid berkeperluan khas selepas tiga tahun
mengikuti Program Linus.
1.3 Objektif
Objektif Program Literasi adalah untuk memastikan
murid berupaya:
i.Mengenal dan menyebut abjad, mengeja dan
membunyikan suku kata terbuka dan tertutup
ii.Membaca dan menulis perkataan daripada suku kata
terbuka dan tertutup, perkataan yang berimbuhan awalan dan akhiran.
iii.Membaca dan menulis serta memahami ayat tunggal
dan ayat majmuk yang mudah dengan menggunakan kata hubung ‘dan’.
1.4 Pendekatan
Pendekatan yang
digunakan dalam program LINUS ini ialah pendekatan belajar membaca dan menulis
secara bersepadu dan menyeluruh. Ini bermakna murid belajar mengenal huruf,
suku kata dan perkataan serentak secara berperingkat .Setelah murid mengenal
beberapa huruf, guru mula mengajar membunyikan suku kata melalui kaedah
gabungan bunyi suku kata tanpa murid
terlebih dahulu perlu mengenal kesemua huruf. Murid diperkenalkan pula dengan
perkataan menggunakan suku kata yang telah dipelajari dan seterusnya frasa atau
rangkai kata dan ayat yang bersesuaian.
Guru literasi hjhrahmah
2 ulasan:
berapa orang murid linus di sekolah cikgu?
Tahun 2 dan 3 Perdana semua
Tahun satu baru habis saringan 1
linus ada 45 0rang.
Post a Comment